Isu waris kesultanan Sulu ‘rumit’, kata Teo

Isu waris kesultanan Sulu ‘rumit’, kata Teo

Ahli parlimen DAP itu dilihat meninggalkan taklimat tertutup diadakan di Hotel Seri Pacific sebelum ia berakhir disebabkan janji temu lain.

Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching berkata beliau tidak dapat memberi komen disebabkan larangan telah dikeluarkan, tetapi menyebut bahawa isu itu “rumit” . (Gamabr Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, kes tuntutan waris kesultanan Sulu adalah “rumit”.

Ahli Parlimen DAP itu dilihat meninggalkan taklimat tertutup diadakan di Hotel Seri Pacific sebelum ia berakhir disebabkan janji temu lain.

Disoal mengenai taklimat itu, Teo berkata beliau tidak dapat memberi komen disebabkan larangan telah dikeluarkan, tetapi menyebut bahawa isu itu “rumit”.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan taklimat diberikan, Teo tidak dapat memberikan pandangan kerana “banyak perkara berlaku”, tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu, FMT melaporkan petugas media dimaklumkan supaya tidak melaporkan mengenai taklimat tertutup untuk ahli-ahli parlimen di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, berhubung tuntutan waris kesultanan Sulu kerana terikat Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dinamakan memberi amaran supaya pemberita di di lokasi itu tidak menghampiri Ahli Parlimen dengan soalan mengenai taklimat berkenaan, selain menegaskan tiada sidang media akan diadakan, malam ini.

Menurutnya, isi kandungan taklimat itu termaktub mengikut OSA, malah senarai Ahli Parlimen yang menghadiri juga tidak akan dimaklumkan kepada media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.