
Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata pada 2.26 petang tadi, polis menerima maklumat berkaitan kejadian pergaduhan di lokasi berkenaan.
Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiga lelaki dipercayai warganegara asing berusia 30 tahun hingga 40 tahun dijumpai terbaring dan tidak sedarkan diri.
Katanya, hasil pemeriksaan, mendapati seorang daripada mereka meninggal dunia.
“Dua orang mangsa mengalami cedera parah di bahagian badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pada 5 petang, bahagian siasatan jenayah IPD Dang Wangi berjaya menangkap seorang lelaki bukan warganegara berusia 52 tahun bagi membantu siasatan.
“Suspek akan direman pada 20 Jul bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis sedang giat mengesan dan mengenalpasti identiti suspek utama yang terlibat dalam kes bunuh ini, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.