
Sumber berkata, lelaki berstatus profesor berusia 55 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira 10 pagi, hari ini.
Katanya, suspek terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu, pada 2014 hingga 2017, ketika bertugas sebagai pengarah institut di universiti berkenaan.
“Difahamkan, tuntutan palsu tersebut melibatkan dana penyelidikan, namun tiada perbelanjaan dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, suspek kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.
“Suspek juga dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat,” katanya.