Ikon permotoran disaman pandu tanpa lesen, tak pamer nombor plat

Ikon permotoran disaman pandu tanpa lesen, tak pamer nombor plat

Polis berkata, saman itu dikeluarkan terhadap sebuah Audi berwarna hitam atas kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis berkata, saman itu dikeluarkan kira-kira 11.30 malam Ahad lalu menerusi operasi motosikal dan pelbagai kesalahan di Jalan Raja Laut, ibu negara.
PETALING JAYA:
Seorang ikon permotoran disaman kerana memandu tanpa lesen dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian depan kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dipetik Utusan Malaysia mengesahkan saman itu dikeluarkan kira-kira 11.30 malam Ahad lalu menerusi operasi motosikal dan pelbagai kesalahan di Jalan Raja Laut, ibu negara.

Beliau berkata, saman itu dikeluarkan terhadap sebuah Audi berwarna hitam atas kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam operasi itu, katanya, 146 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan tiga motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.