Lelaki warga emas nafi cabul kanak-kanak perempuan

Lelaki warga emas nafi cabul kanak-kanak perempuan

Polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Lelaki warga emas berusia lingkungan 80-an bersama anak tirinya itu tampil membuat dua laporan polis sejurus insiden itu tular di media sosial, menurut polis. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan, seperti tular di media sosial menafikan dirinya melakukan perbuatan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Tan Cheng San, lelaki warga emas berusia lingkungan 80-an bersama anak tirinya itu tampil membuat dua laporan polis sejurus insiden tular itu.

Dalam pada itu, katanya, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Katanya, wanita itu menafikan dakwaan terbabit, sebaliknya mengaku bahawa warga emas terbabit adalah jirannya, malah telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

“Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik,” katanya, menurut Bernama.

Sejak kelmarin, tular satu hantaran bersama beberapa keping gambar di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki warga emas, kononnya berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.