Lelaki didakwa hina Islam ditahan

Lelaki didakwa hina Islam ditahan

Suspek berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Puchong tengahari ini.

Suspek didakwa hina Islam ditahan polis di sebuah rumah tengahari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki susulan didakwa menghina Islam di Bukit Kuchai, Puchong, hari ini.

Suspek berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah pada 12.30 tengahari selepas videonya hina Islam tular di media sosial.

Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pada masa sama, Anbalagan berkata, polis juga akan menyiasat individu dipercayai terlibat memukul suspek.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya.

Pada tadi, tular rakaman video kenyataan seorang lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Kenyataan lelaki dimuatnaik dalam video berdurasi lebih 30 saat itu oleh Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi di laman Instagram rasminya.

Turut tular rakaman lelaki terbabit yang cedera dipercayai dipukul individu yang berang dengan kenyataannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.