
Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan, berkata apa yang berlaku merupakan “episod malang” yang tidak seharusnya berlaku di mana penganutnya menghina agamanya sendiri.
“Ini satu perkara mengecewakan dan memalukan, oleh kerana itu kami sebagai kapasiti dakwah di Malaysia bercadang untuk menemui wanita berkenaan supaya dapat memberikan penjelasan mengenai Islam yang sebenar,” katanya di laman rasmi yayasan itu.
Katanya, Yadim yang fokus kepada usaha dakwah akan mencari jalan bertemu Nuramira.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita berusia 26 tahun dan mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Nuramira mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung semasa membuat persembahan di atas pentas di Crackhouse Comedy Club, pada 4 Jun.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penutupan pusat komedi itu, Nasrudin berkata, tindakan berkenaan wajar bagi mengelakkan kejadian berulang.
“Di zaman maju dan moden ini, kita seharusnya memilih untuk saling menghormati dan hargai satu sama lain. Kalau tak nak terima Islam, tidak perlulah menghina. Amalkan terima pandangan masing-masing tanpa perlu kita hina orang lain,” katanya.
Nasruddin berkata, beliau bimbang sekiranya pusat komedi dibenarkan beroperasi akan mencetuskan reaksi balas yang dikatakannya sebagai “tempat menghina Islam”.
“Kita bimbang akan reaksi balas daripada masyarakat awam yang mungkin tidak terkawal disebabkan kemarahan, kerana perkara itu tidak boleh dijangka. Jadi jangan cetuskan situasi atau suasana yang huru hara atau timbulkan polemik, kalau boleh perkara itu dielakkan,” katanya.