Wanita maut nahas 8 kenderaan, 21 basikal

Wanita maut nahas 8 kenderaan, 21 basikal

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata seorang kanak-kanak parah, manakala tiga lagi cedera ringan.

Keadaan di lokasi nahas di Jalan Kamunting, Pasir Puteh yang meragut nyawa seorang wanita. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut, manakala seorang bayi antara empat yang cedera dalam kemalangan di Jalan Kamunting, Pasir Puteh di Kelantan.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 9.05 pagi tadi membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua lori, tiga kereta, dua motosikal dan 21 basikal.

Harian Metro melaporkan sebuah daripada lori itu yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata, 13 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat.

“Terdapat lima mangsa, iaitu seorang wanita dewasa yang meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja menyelamat sedang dilakukan,” katanya menurut akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.