
Dalam wawancara bersama Asia Times baru-baru ini, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat merujuk kavadi sebagai “beban” dalam menggambarkan kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14.
Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai mengesahkan satu kertas siasatan sudah dibuka dan akan mula mengambil keterangan saksi lain sebelum memanggil Mohamad.
Semalam, Sayap Bersekutu Bersatu membuat laporan polis terhadap ADUN Rantau itu kerana gagal memohon maaf kepada penganut Hindu dalam tempoh 24 jam.
Ketua Penerangannya, S Gobi Krishnan dilaporkan turut mengugut akan berarak ke pejabat Mohamad.
Gobi ketika dihubungi hari ini berkata, polis memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia.
FMT cuba menghubungi Mohamad untuk mengulas.