
Sebelum ini, lima individu berusia 30 hingga 60 tahun itu direman empat hari oleh polis Selangor yang berakhir semalam.
Harian Metro memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim mengesahkan lanjutan reman hingga 16 Julai ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan kontinjennya.
Dua lelaki dan tiga wanita, iaitu seorang pemilik syarikat pelancongan dan isterinya, seorang ejen pelancongan serta dua pekerja agensi itu ditahan di ibu negara pada 8 Julai lalu.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan selepas dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji.