
Katanya, kekurangan bekalan dilihat berlaku di negeri berkenaan kerana pembelian bahan keperluan asas sudah “dicatu” peniaga.
“Sebagai contoh di Langkawi, kuota sebulan minyak masak peket ini hanya bertahan 10 hari sahaja, selepas itu bekalan sudah tiada.
“Kita minta kuota minyak masak peket ini ditambah di kampung yang kini pun dicatu pembelian cuma dua peket sahaja setiap pengguna sahaja,” katanya menurut Kosmo.
Yusrizal turut menyarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan pemantauan di premis perniagaan yang disyaki menggunakan minyak peket bersubsidi ini bagi menjamin bekalannya.
Pada 22 Jun, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan subsidi minyak masak peket 1kg tidak dimansuhkan, berbanding pemansuhan hanya membabitkan program subsidi sementara merangkumi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg, membabitkan peruntukan berjumlah RM55 juta sebulan.
Ismail berkata, kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak dengan jumlah RM4 bilion pada 2022.
“Jadi minyak masak peket 1kg masih kekal RM2.50 sekilogram,” katanya pada sidang media khas.