Penternak patuhi harga jualan ladang

Penternak patuhi harga jualan ladang

Harga jualan di peringkat ladang di Semenanjung Malaysia menyaksikan penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan.

Sumber industri penternak memberitahu, kebanyakan penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Para penternak ayam didakwa telah dapat mematuhi harga siling jualan ayam segar di peringkat ladang iaitu RM6 bagi setiap sekilogram seperti yang dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Julai lalu.

Menurut sumber industri penternak yang enggan dinamakan berkata, semakannya mengenai harga jualan di peringkat ladang di Semenanjung Malaysia, menyaksikan penternak menjual harga ayam segar kurang daripada kadar harga yang ditetapkan.

Beliau berkata, semakan situasi di Johor medapati pembekal menjual ayam pada harga diantara RM5.85 ke RM5.95 sekilogram.

Sumber itu juga berkata semakan pembekal ayam di Selangor pula mendapati pihak ladang kini menjual pada harga RM 5.75 hingga RM5.85 sekilogram.

“Begitu juga di Kelantan, penternak secara puratanya menjual pada kadar RM5.90 sekilogram.

“Manakala berat purata berat ayam hidup yang diterima mereka sekitar dua hingga 2.3/kg seekor,” katanya kepada FMT.

Sumber industri penternak juga berkata, pihak ladang mematuhi had harga jualan siling ayam di peringkat ladang yang ditetapkan kerajaan iaitu RM6 sekilogram iaitu peningkatan 0.40 sen sekilogram dari harga jualan yang ditetapkan pada Jun lalu.

Semalam, Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa, berkata berdasarkan laporan yang dibentangkan pada mesyuarat semalam, harga serta bekalan ayam di pasaran adalah stabil.

Beliau berkata semakan yang dibuat pasukan penguatkuasa mengesahkan sememangnya ayam sedang dijual pada harga siling, malah terdapat penjual ayam yang berkeupayaan menjual dengan harga jauh lebih rendah dari harga siling, ada yang kurang daripada RM9.

Bermula 1 Julai lepas, kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 1kg bagi Semenanjung, manakala harga ayam di ladang ditetapkan pada RM6/kg dan harga ayam di pihak pemborong pada RM8.10/kg.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.