Tikam ibu hingga maut, penganggur direman seminggu

Tikam ibu hingga maut, penganggur direman seminggu

Suspek berusia 38 tahun itu dilaporkan menikam ibunya di bahagian leher menggunakan pisau pemotong sayur dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Melaka, semalam.

MELAKA:
Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan majistret Mazana Sinin.

Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, seorang penganggur dilaporkan tergamak menikam ibu kandungnya gara-gara mendengar “bisikan”.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah dipetik sebagai berkata, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.