Lebih 1,400 mangsa banjir Baling masih di PPS

Lebih 1,400 mangsa banjir Baling masih di PPS

Tiga pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara yang beroperasi sekitar Kupang.
BALING:
Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang, setakat 8 malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim dalam kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam sejak 2 petang kelmarin, menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.

Dalam pada itu, tujuh rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencana berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.