Isteri maut dicekik, ketua kampung pengsan dipukul penyamun

Isteri maut dicekik, ketua kampung pengsan dipukul penyamun

Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol, Negeri Sembilan, menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Polis giat mengesan suspek yang melarikan kenderaan milik suami mangsa yang juga ketua kampung Felda Mengkuang bernombor pendaftaran DAD 9799.
PETALING JAYA:
Isteri kepada ketua kampung Felda Mengkuang, Bera, dipercayai maut dicekik dalam kejadian samun di kediamannya.

Dalam kejadian 6 pagi tadi, mangsa, Siti Zuliana Said, 52, ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya pengsan akibat dipukul selain turut mengalami kecederaan.

Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol, Negeri Sembilan, dengan menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Bera, N Kumaran, berkata kes itu masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD 9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan ke balai polis berhampiran,” katanya menurut laporan Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.