Ibu maut ditikam anak

Ibu maut ditikam anak

Mangsa berusia 60-an dipercayai dibunuh anak lelakinya berusia 38 tahun di sebuah rumah di Kampung Paya Luboh, Melaka.

Suspek yang juga anak sulung mangsa berjaya ditangkap penduduk dan diserahkan kepada polis.
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas dipercayai maut selepas ditikam anaknya menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 petang tadi, mangsa berusia 60-an dipercayai dibunuh oleh anak sulungnya berusia 38 tahun.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada polis, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata ketika ditahan suspek  mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan pisau berukuran 26sm.

Katanya, suspek juga disahkan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.

“Atas sebab itu, suspek dikatakan masuk ke bilik ibunya yang baru selesai mandi sebelum menikam leher kiri dan kanan mangsa menggunakan pisau memotong sayur.

“Suspek kemudian menyerahkan pisau itu kepada ibunya, sebelum mangsa bertindak membuangnya melalui tingkap di biliknya,” katanya.

Katanya, suspek mendakwa dia berbuat demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.