Pandu lawan arus, warga emas maut di Lebuhraya Persekutuan

Pandu lawan arus, warga emas maut di Lebuhraya Persekutuan

Lelaki berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Keadaan kereta dan tempat kejadian di KM32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang hari ini. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandu melawan arus bertembung kereta lain di KM32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, lelaki berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kemalangan membabitkan Proton Wira dan Honda City pada 2.08 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan Honda City.

“Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oramai ramai yang melihat kejadian itu atau berada di lokasi nahas diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, R Navalan di talian 014-2536820.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.