3 parah, pacuan 4 roda jatuh gaung 10m

3 parah, pacuan 4 roda jatuh gaung 10m

Kemalangan itu membabitkan empat mangsa berusia 12 hingga 44 tahun.

Keadaan pacuan empat roda yang terbabas ke gaung dekat Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu di Tuaran. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga cedera parah dan seorang lagi cedera ringan, selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas ke gaung sedalam 10 meter berhampiran Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu di Tuaran, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selepas panggilan diterima pada 11.57 malam.

“Sejurus anggota tiba, keempat-empat mangsa berusia 12 hingga 44 tahun itu sudah dikeluarkan pekerja pembinaan jalan raya dan orang awam.

“Tiga mangsa yang cedera parah dan seorang cedera ringan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan EMRS dan ambulans,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 12.55 tengah malam, selepas pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.