Warganegara tak perlu lagi isi ciri Pas Pengembara dalam MySejahtera

Warganegara tak perlu lagi isi ciri Pas Pengembara dalam MySejahtera

Kelonggaran bagi kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap akan diumumkan kelak, kata menteri kesihatan itu.

Ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara sebelum memasuki negara ini.
PETALING JAYA:
Mulai Isnin depan, rakyat Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi ciri-ciri Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran ini adalah bagi memudahkan rakyat yang pulang, memandangkan sistem kesihatan negara kini berada di tahap yang baik.

Pada masa ini, kelonggaran ini hanya diberikan kepada warganegara, manakala bagi kumpulan-kumpulan lain akan diumumkan kelak, katanya.

“Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak.”

Bagaimanapun, katanya, ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara sebelum memasuki negara ini.

“Selain pemantauan kes-kes Covid-19 di kalangan pengembara luar, ciri-ciri berkenaan perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan (KKM) berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.