‘Alhamdulillah selesai’, penjawat awam lega tak lagi terbeban bayaran pinjaman

‘Alhamdulillah selesai’, penjawat awam lega tak lagi terbeban bayaran pinjaman

Beliau sebelum ini dilaporkan terbeban dengan bayaran balik hutang terlalu tinggi selepas bank mengisytiharkan kenaikan kadar pinjaman asas.

Surat rasmi yang diterima daripada bank berkenaan menyatakan kadar KA dan KAP telah berubah daripada 2.60% kepada 2.85% berkuat kuasa 20 Mei 2022.
PETALING JAYA:
Penjawat awam yang terkejut apabila bayaran balik pinjaman peribadinya daripada sebuah bank melonjak lebih RM600 sebulan kini lega selepas bank terbabit menghubunginya lewat petang semalam.

FMT sebelum ini melaporkan penjawat awam itu terpaksa membayar balik pinjaman peribadi sebanyak RM2,072 sebulan berbanding RM1,450 sebulan sebelum ini.

Kenaikan itu disebabkan bank berkenaan melaraskan kadar asas (KA) dan kadar asas pinjaman (KAP) daripada 2.60% kepada 2.85% berkuat kuasa 20 Mei lalu.

Pelarasan itu rata-rata dibuat oleh bank tempatan selepas Bank Negara (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bank.

Penjawat awam itu yang mempunyai lima anak masih bersekolah dan menuntut di universiti, membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 empat tahun lalu dan kini berbaki sekitar dua tahun untuk melunaskannya.

“Alhamdulillah semua dah selesai,” katanya kepada FMT selepas dihubungi wakil bank itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.