
Katanya, Apandi yang juga bekas peguam negara tidak wajar mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Jawatankuasa itu dibentuk bagi membuat semakan semula undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Rasa tidak puas hati itu juga menyaksikan Mahathir yang tiba kira-kira 11.40 pagi keluar meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara dalam tempoh tidak sampai 15 minit.
Ketika ditemui media, Mahathir berkata, beliau tegas dengan pendirian tidak akan memberikan sebarang kerjasama sehingga Apandi diganti.
“Apandi adalah individu yang terlibat dalam kes ini dan dia tidak patut dilantik sebagai pengerusi.
“Dia sepatutnya lebih layak menjadi saksi tetapi dilantik sebagai pengerusi. Ia adalah sesuatu yang mengarut,” katanya menurut laporan Awani.
Katanya, surat untuk memohon penukaran kedudukan Apandi sebelum ini telah dihantar, namun tiada sebarang jawapan.
Perkara itu menurutnya penting kerana kedudukan Apandi pada jawatan itu lebih cenderung menimbulkan konflik kepentingan tertentu.
Dalam masa yang sama katanya, siapa sahaja layak untuk dilantik menggantikan Apandi, selagi ia mampu memberikan ketelusan dan jaminan keadilan.
Kebelakangan ini pelbagai pihak tampil menempelak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir yang mendakwa kehilangan Pulau Batu Puteh adalah atas kesilapan kerajaan Johor sendiri.