USM tubuh jawatankuasa luar siasat dakwaan ‘pilih kasih’

USM tubuh jawatankuasa luar siasat dakwaan ‘pilih kasih’

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata jawatankuasa itu akan meneliti sejauh mana tahap integriti diamalkan ketika ini sepanjang proses peperiksaan.

Seorang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa soalan peperiksaan dibocorkan kepada beberapa kepada pelajar yang digemari manakala pelajar lain sering diberikan gred rendah.
PETALING JAYA:
Universiti Sains Malaysia (USM) menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar luar untuk menilai semula proses peperiksaan peringkat ijazah bidang sains perubatan.

Naib Canselor USM Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata jawatankuasa itu akan meneliti sejauh mana tahap integriti yang diamalkan ketika ini sepanjang proses peperiksaan.

“Demi menjaga integriti dan menjaga nama baik universiti, USM telah menubuhkan jawatankuasa luar bagi memastikan sistem dan proses (peperiksaan) dijalankan dengan kredibiliti,” katanya dalam kenyataan.

Ia susulan aduan seorang pelajar perubatan pasca siswazah baru-baru ini yang mendakwa pilih kasih, buli dan diskriminasi oleh beberapa pensyarah dan profesor di universiti itu.

Menurut laporan Malaysiakini, pelajar itu mendakwa soalan peperiksaan dibocorkan kepada beberapa kepada pelajar yang digemari manakala pelajar lain sering diberikan gred rendah.

Faisal berkata, universiti telah menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara itu tetapi mendapati proses peperiksaan telah dijalankan dengan “cara menyeluruh dikawal oleh prosedur yang ketat”.

Tambahnya, jawatankuasa luar itu akan menyediakan laporan mereka kepada universiti tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.