Klang, Kuala Langat antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Klang, Kuala Langat antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Lokasi di Selangor yang dijangka menerima amaran cuaca buruk itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di empat lokasi di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan negeri Selangor.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 1 tengah hari ini,” kata MetMalaysia.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.