
Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang dikhabarkan akan berhijrah ke PBM.
“Mereka (ahli Parlimen bebas) boleh menyertai parti saya, lebih ramai lebih meriah.
“Begitu juga dengan (ahli Parlimen) Lubok Antu dan Sri Aman, saya alu-alukan mereka jika mahu menyertai saya dan memperkuatkan blok saya,” kata Zuraida selepas merasmikan Anugerah Industri Koko Malaysia malam tadi.
Beliau yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi berkata, PBM kini mempunyai 26 bahagian di Sabah, termasuk Labuan.
“Parti ini ditubuhkan daripada akar umbi, bukan daripada atasan, sebab itu bila kita lancar, kita ada 190 bahagian di seluruh negara dan Sabah telah penuh 26 bahagian,” katanya selain menambah bahawa pengerusi PBM Sabah adalah bekas ketua Wanita PKR Sabah, Rahimah Majid.