
Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata kelonggaran itu hanya diberikan kepada golongan profesional dalam sektor strategik seperti jurutera, pakar teknologi maklumat dan ahli sains.
Katanya, perkara itu sedang diteliti bersama Jabatan Imigresen (Imigresen) dan pelaksanaannya dijangka bermula selewat-lewatnya tiga bulan lagi.
Beliau berkata, kelonggaran itu diberi bagi memudahkan mereka yang turut menyumbang kepakaran dalam pembangunan ekonomi Sarawak.
“Sekarang golongan profesional (dari luar Sarawak termasuk Semenanjung) terpaksa memperbaharui permit kerja setiap tahun.
“Namun, kita (kerajaan Sarawak) memutuskan untuk melanjutkan tempoh sah permit kerja sehingga lima tahun dan ia akan dilaksanakan seawal bulan depan atau selewat-lewatnya dalam tempoh dua tiga bulan lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
“Bukan semua yang masuk ke Sarawak akan mendapat keistimewaan itu. Misalnya jika kita memberinya kepada pelancong, lain pula jadinya nanti.”