
Dalam kejadian 5.30 petang semalam, mangsa berusia 31 tahun dikatakan sedang memasak sup di dapur sebelum lori tersebut merempuh gerainya.
Ketua Polis Kuala Krai, Suzaimi Mohammad, berkata lori dinaiki lelaki berusia 55 tahun bersama anaknya berusia 17 tahun dalam perjalanan dari arah Telekong untuk pulang ke rumah mereka di Batu Balai, Kuala Krai.
Katanya, wanita itu tidak sempat melarikan diri menyebabkan sup panas tertumpah ke badannya.

“Mangsa melebur 9% pada badan, manakala pemandu lori luka pada dahi dan terseliuh bahu kiri. Anaknya pula cedera di bahu kanan.
“Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Suzaimi berkata, siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori kerana gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas melanggar dua gerai makan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.