Polis akan ambil keterangan peserta ‘Walk for Judicial Independence’

Polis akan ambil keterangan peserta ‘Walk for Judicial Independence’

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata semua mereka diminta hadir ke IPD Dang Wangi dalam masa terdekat.

Semua peserta ‘Walk for Judicial Independence’ akan dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi dalam masa terdekat.
PETALING JAYA:
Polis akan memanggil semua individu yang terlibat dalam perhimpunan “Walk for Judicial Independence” di tempat letak kereta Padang Merbok, Kuala Lumpur, hari ini untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil pemerhatian mendapati seramai lebih kurang 220 peserta terdiri daripada ahli Majlis Peguam dan beberapa individu dikenal pasti dan belum dikenal pasti menyertai perhimpunan itu.

“Satu kertas siasatan bawah Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012, Peraturan 6 dan Peraturan 7, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.