Ibu mengaku tak salah benar anak dianiaya secara seksual

Ibu mengaku tak salah benar anak dianiaya secara seksual

Tertuduh berusia 54 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada Disember 2019 di sebuah gereja di Bentong, Pahang.

Wanita berusia 54 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas tuduhan membenarkan anak perempuannya berusia 17 tahun dianiaya secara seksual. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang wanita berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas dakwaan membenarkan anak perempuannya dianiaya secara seksual ketika berusia 17 tahun dua bulan, dua tahun lalu.

Wanita itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Kosmo melaporkan, tertuduh yang juga ejen penjual air minuman kultur didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama.

Menurut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa menganiaya anak perempuan secara seksual pada 2 petang, Disember 2019 di sebuah gereja di Bentong, Pahang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Anisah meminta mahkamah mengenakan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.