26 rumah di 4 kampung di Hulu Terengganu rosak akibat ribut

26 rumah di 4 kampung di Hulu Terengganu rosak akibat ribut

Kejadian itu menyebabkan semua rumah yang terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Empat kampung di Hulu Terengganu dilanda ribut petang semalam mengakibatkan lebih 20 rumah mengalami kerosakan.
KUALA TERENGGANU:
Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan susulan dilanda ribut petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan malam tadi berkata, kejadian yang berlaku pada 4 petang itu menyebabkan semua rumah terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

“Kawasan yang paling terjejas adalah di Kampung Bukit Kolam yang menyaksikan 20 rumah mengalami kerosakan, Kampung Baru Ajil sebanyak tiga rumah, Kampung Bukit Diman sebanyak dua rumah dan sebuah rumah di RAKR (Rumah Awam Kos Rendah) Tok Randok,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memberitahu tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.