Kemalangan bas di Jeddah: Seorang mangsa masih dirawat di Mekah

Kemalangan bas di Jeddah: Seorang mangsa masih dirawat di Mekah

Mangsa dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan susulan atas nasihat doktor serta permintaannya sendiri, menurut Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Jeddah.

Minggu lepas, Kementerian Luar mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 rakyat Malaysia yang bekerja di Mekah.
KUALA LUMPUR:
Seorang rakyat Malaysia yang merupakan mangsa kemalangan jalan raya di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis lepas masih lagi menerima rawatan di Mekah.

Menurut Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Jeddah dalam kenyataan di Facebook, mangsa dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan susulan atas nasihat doktor serta permintaannya sendiri.

“KJM Jeddah akan terus menghulurkan bantuan konsular kepada mangsa insiden ini dan mendoakan agar beliau akan segera pulih. InsyaAllah,” menurut kenyataan itu.

Seorang lagi mangsa telah dihantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan Saudia Airlines pada awal pagi 14 Jun.

Kementerian Luar pada minggu lepas mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.

KJM berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah melawat dua orang mangsa tersebut yang masing-masing dirawat di Hospital An Nur dan Hospital King Faisal di Mekah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.