2 suspek rogol remaja hingga hamil ditahan

2 suspek rogol remaja hingga hamil ditahan

Kedua-dua suspek berusia 18 dan 20 tahun ditahan selepas polis menerima laporan remaja berusia 14 tahun hamil tiga bulan dan mendakwa dirogol di rumah datuknya.

Polis berkata suspek direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang remaja hingga hamil tiga bulan dalam kejadian di rumah datuknya di Pasir Mas, Kelantan pada Februari dan Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata suspek pertama berusia 18 tahun dan juga pelajar kolej dicekup di sebuah rumah di Kubang Kerian semalam.

Katanya, suspek kedua yang merupakan seorang penganggur berusia 20 tahun pula ditahan di perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Tumpat, hari ini.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya menurut laporan Kosmo.

Media sebelum ini melaporkan, seorang remaja hamil tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua lelaki dalam kejadian berasingan di rumah datuknya pada Februari dan Mac lalu.

Ketua Polis Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir yang dipetik sebagai berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun ke Klinik Kesihatan Pasir Mas, Jumaat lalu untuk membuka buku rekod kesihatan ibu mengandung.

Bagaimanapun, katanya, pegawai perubatan klinik berkenaan meminta remaja terbabit merujuk kes itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kerana hamil bawah umur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.