
Ketua Polis Tumpat, Amran Dolah berkata, kejadian terakhir berlaku pada malam Khamis lalu di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Kelantan apabila suspek masuk ke bilik tidur lalu merogolnya.
Beliau berkata, mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu mendakwa dirogol sejak berusia 12 tahun.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan lama, berkemungkinan disebabkan tusukan objek tumpul,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Amran berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, suspek ditahan di rumahnya pada jam 3 petang semalam.
Katanya, isteri suspek turut membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan mendatangkan kecederaan.
“Suspek yang juga seorang penganggur mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah, namun ujian saringan dibuat mendapati keputusannya negatif.
“Suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Sebaik selesai, dia akan ditahan semula untuk siasatan bagi kes sumbang mahram mengikut Seksyen 376(3) KK yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan sebat,” katanya.