
Kemalangan maut itu berlaku di susur keluar dari arah Subang Jaya menghala Kelana Jaya di Lebuhraya NKVE pada 4.11 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis dipetik China Press sebagai berkata, mangsa korban terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki.
Manakala seorang lagi lelaki yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Katanya, semua mangsa korban dan parah itu berusia 27 hingga 31 tahun.
Beliau dalam kenyataan yang dipetik Bernama berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat individu.
Katanya, mangsa korban dikenali pasti sebagai P Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31, dan Leong Man Yuen, 27, manakala mangsa parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.