Semak pelan mudah alih dan internet untuk percutian tahunan percuma

Semak pelan mudah alih dan internet untuk percutian tahunan percuma

Dengan rancangan baharu dan tawaran masa terhad, semakan pelan mudah alih secara kerap boleh menjimatkan wang anda.

Dengan hanya menyemak pelan mudah alih dan internet bulanan, anda boleh menyimpan wang tunai untuk bercuti bersama keluarga. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Statistik menunjukkan bahawa majoriti orang adalah “nomophobics” (NO MORE PHOne Phobia) – Ya, ia adalah satu perkara; suatu ketagihan kepada telefon pintar dengan memeriksa telefon pintar sebanyak 58 kali secara purata setiap hari!

Memandangkan kehidupan kebanyakan orang semakin terikat dengan peranti mereka, akses kepada dunia melalui skrin mudah alih yang pantas bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan.

Bagi sesetengah orang, kedudukannya menghampiri oksigen dan air pada carta keperluan dan kehendak mereka.

Kehadiran “bil telefon” yang beralih daripada talian tetap kepada peranti mudah alih dalam kebanyakan belanjawan kini menjadi perbelanjaan utama seseorang.

Berbeza dengan bil air dan elektrik yang berasaskan penggunaan, bil internet dan telefon mudah alih lebih berkorelasi dengan kemajuan teknologi yang berterusan.

Selaras dengan rangkaian yang lebih baik dan baharu, kos pelan yang ditawarkan juga semakin murah dan bernilai tinggi.

Salah satu cara untuk berjimat cermat yang paling tidak diketahui, yang paling mudah tetapi sering kali diabaikan adalah dengan menyemak pelan internet dan telefon mudah alih dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk mengurangkan kos perbelanjaan, gabungan internet rumah dengan perkhidmatan telefon mudah alih di bawah satu pelan akan menjimatkan lebih banyak wang anda, selain wujudnya pelbagai pilihan tersedia bagi setiap belanjawan.

Jadi jika anda belum menyemak pelan internet dan telefon mudah alih baru-baru ini, anda berkemungkinan besar membayar lebih daripada yang sepatutnya.

Sungguhpun anda mungkin berjimat setakat RM40 sahaja sebulan, tetapi ia boleh mencecah sebanyak RM500 setiap tahun.

Bagi isi rumah yang mempunyai dua atau lebih pengguna telefon bimbit, anda boleh menikmati percutian tahunan percuma secara mudah dengan jumlah wang yang dijimatkan itu.

Sebagai rujukan perbandingan, berikut ialah ciri-ciri pelan Digi Postpaid Family Unlimited baharu secara ringkas.

Biasanya 3 orang akan berkongsi kos sebanyak RM200/bulan dalam sebuah keluarga dan menerima:

  • panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • internet berkelajuan tinggi tanpa had
  • 1 GB Data Hotspot
  • 300 SMS untuk setiap talian (1,000 SMS untuk talian utama)

Bagi keluarga yang lebih besar, tambah sehingga empat lagi ahli keluarga (maksimum 7 ahli), dengan hanya RM45/bulan seorang. Ini bermakna setiap pengguna hanya membelanjakan RM55-67/bulan secara purata. Gunakan alat kalkulator mudah ini untuk melihat cara keluarga anda boleh berjimat.

Gunakan kalkulator pelan Digi Postpaid Family Unlimited untuk merancang pelan bersama anda.

Selain itu, dengan internet dan panggilan tanpa had, pengguna tidak akan menghadapi masalah kenaikan bil secara mendadak yang melampaui had dan pada masa sama dapat menikmati bayaran bulanan yang mesra belanjawan tanpa sebarang tekanan.

Walaupun lazimnya pelan baharu hanya tersedia untuk pengguna baharu, pengguna Digi sedia ada pasti akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa pelan Digi Postpaid Family Unlimited baharu turut tersedia untuk mereka.

Sekiranya anda sudah mempunyai atau ingin menambah internet berkelajuan tinggi bagi Digi Fibre Unlimited di rumah, dengan membeli pelan popular seperti Digi Fiber 300Mbps, anda akan mendapat rebat tambahan RM180-RM360 dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

Walaupun kontrak tidak diperlukan dalam pelan Digi Unlimited Family, tetapi jika anda memilih kontrak bertempoh tetap, anda akan dapat menikmati bonus tambahan dengan pilihan sama ada diskaun RM10/bulan daripada Youtube Premium atau diskaun RM10/bulan daripada Spotify Premium, yang secara langsung menjimatkan RM120 (tambahan).

Jika Youtube atau Spotify tidak menepati keinginan anda, dengan pembukaan semula sempadan, pengembara yang kerap melancong boleh memilih khidmat tambahan Roam Like Home untuk terus kekal berhubung tanpa memerlukan caj tambahan selama 12 bulan yang memberi penjimatan lebih banyak lagi, khususnya ketika dalam perjalanan tanpa sebarang kebimbangan.

Pelanggan yang berdaftar berpeluang memenangi Samsung Galaxy A7 baharu.

Luangkan masa dua minit untuk menyemak serta membandingkan bil internet dan telefon mudah alih bulanan keluarga anda.

Anda berpeluang menikmati percutian tahunan percuma dengan hanya melakukan beberapa perubahan kecil dalam pelan anda.

Ketahui maklumat lebih lanjut dengan melawat kedai Digi yang terdekat hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.