
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh Su Tiang Joo membenarkan injunksi sementara itu pada Rabu.
Mahkamah turut menetapkan 21 Jun ini untuk pengurusan kes seterusnya mengenai injunksi itu.
Peguam Rabinder Singh yang mewakili petani tersebut berkata, injunksi itu adalah untuk mengekalkan status quo supaya mereka boleh masuk ke ladang dan meneruskan kerja.
“Perintah mahkamah telah disampaikan kepada PKNP dan ia telah dimaklumkan supaya mematuhinya,” katanya.
Dalam saman mereka difailkan bulan lalu, petani terbabit berkata, mereka telah bertani di kawasan tanah itu sejak tahun 1940-an.
Mereka berkata, kerajaan negeri dan PKNP mengakui minat terhadap tanah itu dan membuat pembentangan kepada mereka dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri akan memindahkan mereka ke bidang tanah lain yang sesuai untuk pertanian.
Mereka juga mendakwa kerajaan negeri berjanji memberikan pajakan selama 30 tahun dengan sewa nominal.
“Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, PKNP meminta petani berkenaan keluar kerana mahu mengambil alih tanah itu.
“Saman telah difailkan terhadap petani untuk tujuan itu. PKNP juga telah memperoleh penghakiman terus untuk mengusir mereka dari tanah itu,” kata Rabinder.
Peguam itu berkata, petani memulakan tindakan sivil mereka selepas dihalang daripada memasuki tanah itu kerana perintah mahkamah mengenai pengusiran.
April lalu, polis menahan salah seorang petani Tan Tean Chee kerana didakwa menghalang tugas anggota polis. Dia kemudian dibebaskan.
Tan yang juga ketua Persatuan Petani Moden Chemor, mengetuai beberapa petani lain dalam usaha menghalang penguji tanah daripada masuk ke ladang mereka.
Peguam mewakili PKNP telah meminta kebenaran untuk masuk ke ladang (untuk menguji tanah), tetapi hakim menolak permohonan itu.