Amirudin lebih tahu buat ‘propaganda’, kata Farhash

Amirudin lebih tahu buat ‘propaganda’, kata Farhash

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjawab serangan dilakukan Amirudin Shari terhadap pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti, baru-baru ini.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata calon tidak berpuas hati sudah menghantar bantahan mereka termasuk bukti menyokong dakwaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
PETALING JAYA:
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyelar kenyataan Ketua PKR Selangor berhubung kritikannya mendakwa pihak mempersoalkan keputusan pemilihan parti tidak sepatutnya menyokong tuduhan dibuat dengan “propaganda”.

Farhash, yang menentang Amirudin bagi perebutan ketua bahagian Gombak, berkata sekiranya sesiapa yang mengetahui propaganda dilakukan, ia semestinya dibuat menteri besar Selangor berkenaan.

“Itulah sebenarnya yang dia sebarkan,” kata bekas pembantu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim kepada FMT.

Farhash berkata, calon tidak berpuas hati sudah menghantar bantahan mereka termasuk bukti menyokong dakwaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Amirudin sepatutnya fokus berhubung pembuktian 1,500 undi yang diterima secara dalam talian.”

Awal hari ini, Amirudin berkata, pihak yang mempersoalkan keputusan pemilihan parti perlu mengemukakan bukti untuk ditentusahkan JPP, bukannya menggunakan propaganda untuk menyokong dakwaan dibuat.

Dalam ‘serangannya’ terhadap Farhash, beliau berkata, ia termasuk pihak yang mempertikaikan keputusan pemilihan ketua bahagian Gombak.

Amirudin menang dalam persaingan merebut jawatan itu selepas mendapat 1,858 undi, manakala Farhash, yang juga bekas ketua PKR Perak meraih 1,215 undi.

Farhash seterusnya menuntut audit forensik dilaksanakan dengan menyifatkan perbezaan jumlah undi diterima tidak selaras dengan jumlah pengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.