Bekalan ayam dijangka pulih dalam masa sebulan, menurut persatuan penternak

Bekalan ayam dijangka pulih dalam masa sebulan, menurut persatuan penternak

Katanya, ia berdasarkan momentum pemulihan pengeluaran ayam pada masa ini dengan gangguan bekalan di sesetengah kawasan semakin pulih.

Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yakin jurang bekalan dan permintaan akan pulih dalam tempoh sebulan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini dijangka dapat diselesaikan dalam masa sebulan.

Dalam satu kenyataan, persatuan penternak itu berkata, ini berdasarkan momentum pemulihan pengeluaran ayam pada masa ini.

“Kami menjangkakan jurang bekalan dan permintaan akhirnya akan pulih dan bekalan sepatutnya akan memenuhi permintaan dalam masa sebulan,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini dijangka dapat diselesaikan awal bulan ini.

Beliau berkata, setakat ini gangguan kekurangan bekalan ayam di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

Dalam pada itu, persatuan penternak yakin masalah bekalan ayam akan dapat diselesaikan dan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.