Bayi 8 bulan patah lengan, pengasuh taska direman

Bayi 8 bulan patah lengan, pengasuh taska direman

Kejadian disedari ibu mangsa selepas mendapati bayi lelakinya itu mengalami bengkak di lengan kiri.

Seorang pengasuh taska wanita berusia 20 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian bayi berusia lapan bulan patah lengan kiri.
PETALING JAYA:
Seorang pengasuh wanita berusia 20 direman susulan bayi lelaki berusia lapan bulan patah lengan kiri, dalam kejadian di sebuah taska, di Anak Bukit, Alor Setar, pada Khamis.

Kejadian itu disedari ibu mangsa selepas mendapati lengan kiri mangsa bengkak ketika mengambil anaknya di taska itu, pada 5 petang.

Susulan itu, bayi itu dibawa ibu bapanya ke sebuah hospital swasta, di Alor Setar, sebelum dirujuk ke pakar tulang Hospital Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Anak Bukit, kelmarin.

“Pemeriksaan doktor mendapati bayi patah tulang di atas lengan kiri. Berikutan itu, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga pengasuh taska berkenaan ditahan untuk membantu siasatan dan direman sehingga 9 Jun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Katanya, pihak masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.