
N Sivananthan, yang mewakili bekas doktor tentera R Kunaseegaran, menjelaskan bahawa beberapa perayu tidak dapat memfailkan alasan rayuan mereka kerana rekod rayuan masih belum dimuktamadkan.
Rekod rayuan biasanya melibatkan hakim mahkamah, nota prosiding dan saksi keterangan.
Sivananthan berkata, Kunaseegaran sendiri berjaya memfailkan petisyen rayuannya awal tahun ini sejurus hakim perbicaraan Azman Abdullah memberikan alasan bertulisnya.

Sementara itu, FMT difahamkan, salah seorang perayu belum mengumpul rekod rayuan daripada Mahkamah Tinggi manakala seorang lagi baru melantik peguam baharu.
Peguam Jasmine Cheong, yang membantu Sivananthan dalam rayuan itu berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof telah menetapkan satu lagi tarikh pengurusan kes, iaitu 22 Julai depan.
“Perdengaran rayuan belum dapat dilakukan atas berapa sebab,” kata Cheong kepada FMT selepas pengurusan kes hari ini.
Beliau berkata, Nurul telah mengambil maklum bahawa ini adalah kes berprofil tinggi dan langkah akan diambil untuk mempercepatkan perbicaraan.
“Nurul menyatakan bahawa tarikh perbicaraan ditetapkan pada 22 Julai,” katanya dengan menambah hari ini merupakan pengurusan kes kelapan berhubung rayuan itu.
Pada Disember 2020, FMT turut melaporkan proses rayuan terhenti disebabkan Azman masih belum memberikan alasan bertulisnya ketika itu.
Berdasarkan arahan amalan mahkamah, hakim bicara mesti menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh lapan minggu daripada perayu memfailkan rayuan.
R Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, M Vishwanath, S Nimalan dan S Ravi Chandaran juga didapati bersalah membunuh Morais pada 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul di Kuala Lumpur dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya.
Kes itu, yang melibatkan perbicaraan paling lama, ditangguhkan kerana pelbagai sebab seperti pertukaran peguam sebelum keputusan kes dibuat pada 10 Julai 2020.
Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi pada Januari 2016 dengan 70 saksi dipanggil memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan manakala di pihak pembelaan bermula Januari 2018.
Mereka yang dituduh membunuh masih kekal sebagai banduan reman sementara menunggu keputusan berikutan mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kepada mereka.