
Pengurus Operasi TRW Kelantan FC Qusmaini Noor Rosli berkata, perkara itu disahkan susulan siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.
“Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas mangsa membuat laporan polis.
Qusmaini berkata, Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.
“Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah terhadap pemain pasukan,” katanya.