
SIBU: Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, yang hanyut dibawa arus sehari sebelum Hari Gawai ditemui lemas hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui di Batang Rajang pada 7.30 pagi.
Kanak-kanak lelaki Damien Dashlley Sedan Donny, 9, dan kanak-kanak perempuan Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dilaporkan hanyut dibawa arus sungai semasa mandi-manda bersama keluarga pada petang Selasa, iaitu sehari sebelum perayaan Gawai Dayak.
“Damien dijumpai 20m dari Rumah Panjang Ekaw oleh ahli keluarga mangsa sendiri, manakala Chelsea dijumpai pada anggaran 20km dari Rumah Panjang Ekaw, iaitu berdekatan SK Nanga Embuau,” katanya.