FMT ganding bahu dengan Mart Expo promosikan seni dan NFT

FMT ganding bahu dengan Mart Expo promosikan seni dan NFT

Sebagai perniagaan berasaskan web, FMT mengiktiraf integrasi berterusan teknologi blok rantai termasuk kemunculan NFT berasaskan seni.

(Dari kiri) Pengarah Blockchain dan Seni Digital Mart Expo Kevin Cichosz, Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar dan pengasas Mart Expo Mohsen Golshiri.

Seni berada di sekeliling kita; setiap apa yang kita lihat, guna dan sentuh adalah ciptaan seseorang. Bangunan yang didiami, tempat bekerja, belajar, membeli-belah, malah kereta yang dipandu, semuanya diilhamkan oleh artis dengan visi tertentu.

Lebih daripada sekadar keindahan dan nilai, seni juga menyampaikan mesej, mencetuskan emosi, malah boleh meningkatkan kesihatan mental.

Ia adalah bahagian penting yang menjadikan umat manusia “insan” – satu bentuk unik ekspresi diri.

FMT dengan bangganya mengumumkan kerjasamanya dengan Mart Expo, satu rangkaian artis dari seluruh dunia, untuk mempromosikan hasil kerja mereka. Koleksi seni mereka juga akan dicetak ke dalam bentuk token tidak sepiawai (NFT), iaitu satu teknologi baharu yang mengubah industri seni.

Apa itu NFT?

Sama seperti pasport atau tiket penerbangan, NFT adalah sijil ketulenan digital, tetapi tidak boleh diubah. Ia boleh disahkan menggunakan teknologi blok rantai (blockchain), menjamin pemilikan yang tidak dapat dipertikaikan bagi aset yang diwakilinya.

Walaupun NFT boleh mewakili sebarang aset merangkumi muzik hingga ke hartanah, namun popularitinya meningkat dengan lebih lazim mewakili hasil kerja seni.

Seperti pengumpul setem, syiling, jam tangan atau karya seni, sebahagian daripada keseronokan mengumpul sesuatu adalah apabila berkongsi atau mempamerkan koleksi.

Ini menjadi lebih mudah dengan seni NFT kerana koleksi boleh dikongsi dengan memaparkannya dalam talian menerusi media sosial. Semua koleksi juga boleh diakses menerusi telefon pintar.

“Walaupun ramai yang masih berfikir bahawa seni hanya boleh dinikmati oleh golongan mewah, galeri seni atau untuk dipamerkan di tempat mewah, Mart Expo percaya seni adalah untuk semua orang, dan dibuat untuk semua orang. Kami merasakan bahawa NFT akan membantu merapatkan jurang itu,” kata Pengarah Blockchain dan Seni Digital Mart Expo Kevin Cichosz.

Mohsen Golshiri mengadakan pameran untuk menyokong artis di Instagram walaupun semasa wabak.

Sebahagian besar tarikannya adalah penggunaan kontrak pintar NFT yang akan mengawal apa yang boleh dilakukan dengan NFT dan tidak boleh diubah oleh sesiapa.

Sebagai contoh, apabila pemilik karya seni NFT mahu menjualnya semula, kontrak pintar mungkin dapat secara automatik menghantar peratusan jualan sebagai royalti terus kepada artis bagi setiap jualan, memberi ganjaran sepanjang hayat apabila populariti mereka semakin meningkat.

Kontrak pintar itu juga memberikan hak harta intelek atas karya seni itu yang bernilai kepada pemiliknya, yang semakin menjadi kelaziman sejak kebelakangan ini, sekali gus meningkatkan nilai NFT berkenaan.

Mart Expo

Pengasas Mart Expo Globe Sdn Bhd Mohsen Golshiri, seorang usahawan yang membantu dan menyokong artis seluruh dunia, menyediakan platform secara dalam talian kepada mereka untuk mempromosikan karya seni visual di media sosial sejak 2014.

“Didorong oleh banyak maklum balas positif, saya menerima ribuan permintaan daripada artis di Instagram, meminta untuk terus menyokong dan mempromosikan karya seni mereka. Ini mendorong saya untuk membina pasukan saya serta mula mempromosikan karya seni dengan mengadakan pameran seni fizikal,” kata Mohsen.

Pada Jun 2018, Mart Expo mengadakan pameran seni berjudul “Timeless Pleasure of Persian Art” di Sutra Gallery, Kuala Lumpur, yang memaparkan 86 bahan pameran terdiri daripada lukisan, kaligrafi, fotografi dan seramik daripada 58 artis Iran.

Mart Expo menampilkan artis dalam talian dan bekerjasama dengan FMT untuk menawarkan karya seni mereka sebagai NFT.

Pada Oktober 2019, satu lagi pameran seni diadakan di Menara Citibank dengan mempamerkan lebih 50 karya seni daripada 28 artis antarabangsa.

Pada Oktober 2020, Mart Expo mengadakan pameran secara dalam talian pertamanya, iaitu CoArt Online Exhibition yang mempamerkan lebih 200 karya seni kontemporari mewakili 62 artis terkemuka dari 15 negara.

Acara julung kali diadakan itu disusuli dengan MartChain Online Exhibition pada Februari 2021, di mana lebih 400 hasil seni kontemporari oleh 80 artis terkemuka dari 17 negara dipamerkan.

FMT x Mart Expo

“Dengan hasil seni ditampilkan dalam banyak projek perintis NFT, kami teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Mart Expo yang bekerjasama dengan artis dari seluruh negara, menyediakan peluang kepada mereka mencapai khalayak baharu menerusi NFT dan menyokong hasil kerja mereka,” kata Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar.

Ia turut bekerjasama dengan Mart Expo bawah program FMT Accelerator yang membuat pelaburan dalam syarikat pemula berpotensi tinggi.

Sebagai perniagaan berasaskan web, FMT mengiktiraf integrasi berterusan teknologi blok rantai termasuk kemunculan NFT berasaskan seni. Sebagai portal berita Bahasa Inggeris terbesar di Malaysia, FMT komited untuk membawa nilai tambah kepada komuniti yang menakjubkan ini.

Artis membawa keindahan, emosi dan kebahagiaan kepada dunia ini, mendedikasikan hidup mereka mencipta seni untuk orang kebanyakan. Mart Expo telah memilih 50 artis dan karya seni mereka yang akan ditampilkan FMT dalam kerjasama mereka akan datang.

FMT dan Mart Expo menjemput anda untuk menyertai mereka dalam pengembaraan ini untuk bertemu artis mereka, melihat hasil kerja mereka dan mempelajari lebih lanjut tentang dunia seni dan NFT.

Untuk maklumat lanjut tentang program FMT Accelerator, klik di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.