‘Jika ikut Muhyiddin, saya ditawarkan jawatan TPM,’ dakwa Shafie

‘Jika ikut Muhyiddin, saya ditawarkan jawatan TPM,’ dakwa Shafie

Presiden Warisan mendakwa Muhyiddin Yassin mempelawa partinya membentuk kerajaan baharu selepas mendapat 119 sokongan ahli Parlimen.

Mohd Shafie Apdal mengulangi perjuangannya bukan berdasarkan nafsu tetapi keinginan untuk membantu rakyat dan membawa negara ini ke landasan yang betul.
PETALING JAYA:
Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal menolak untuk bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin yang mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Beliau berkata, Muhyiddin memaklumkan sudah memiliki 119 sokongan setelah mendakwa berunding dengan Anwar Ibrahim dan Anthony Loke sebelum beliau kemudian mempelawa Warisan untuk turut bekerjasama.

“Dia (Muhyiddin) menghubungi saya dua bulan lalu, dia cakap sudah mempunyai 119 sokongan. Dia cakap sama saya, tiada Warisan pun dia sudah ada 119 (sokongan). Jadi, saya bagitau Muhyiddin, kalau sudah cukup teruskan, saya tidak mahu ikut.

“Kita harus melupakan apa yang telah berlaku. Manusia yang tidak belajar daripada sejarah dan kesilapan lampau akan mengalami kegagalan dalam hidup,” kata menurut laporan Utusan.

Bagaimanapun, menurut Shafie, beliau sekali lagi ditawarkan untuk menjadi timbalan perdana menteri tetapi baginya perkara itu bukan keutamaannya pada masa ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, dalam gelanggang politik, perjuangannya bukan berdasarkan nafsu tetapi keinginan untuk membantu rakyat dan membawa negara ini ke landasan yang betul.

“Kalau ikutkan nafsu, jawatan timbalan perdana menteri itu sudah lama saya terima. Mereka ingat saya ikut nafsu, kalau saya mengejar wang sudah lama saya terima tawaran mereka.

“Jika saya ikut Muhyiddin yang berpakat dengan Umno dan Pas, hari ini siapa buang dia, orang Umno dan Pas. Kalau kita ikut dia, kita pun ikut dibuang, parti Warisan sudah dibuang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.