Kes baharu Covid-19 turun 4.1%

Kes baharu Covid-19 turun 4.1%

Penurunan kes bagi Minggu Epidemiologi yang bermula dari 22 hingga 28 Mei menyaksikan penurunan bilangan pesakit dimasukkan ke hospital awam dan pusat kuarantin.

Sebanyak 4,502,579 kumulatif kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dengan 25,360 kes aktif.
PETALING JAYA:
Bilangan kes baharu Covid-19 di negara ini pada minggu lepas menurun sebanyak 4.1%, iaitu kepada 13,076 berbanding 13,630 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, penurunan kes bagi Minggu Epidemiologi (ME) yang bermula dari 22 hingga 28 Mei turut menyaksikan penurunan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital awam dan pusat kuarantin.

Katanya, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10% berbanding minggu sebelumnya.

Secara keseluruhan, penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan, manakala penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 17%.

Sebanyak 4,502,579 kumulatif kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini dengan 25,360 kes aktif.

“Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 4.2% daripada 15,278 kes kepada 15,925 kes, manakala kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 4,441,702 kes.

“Bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 34.5% (29 kes kepada 19 kes) membawa kumulatif kes kematian kepada 35,660 kes.” tambahnya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.