
Di belakang tabir, penjual memberi perkhidmatan tidak ternilai dengan berinteraksi bersama pelanggan, mempromosikan produk dan memenuhi tempahan, memastikan anda mendapat apa saja yang dicari, terus ke depan pintu.
Platform ini memberi peluang kepada individu yang ingin menceburi ruang e-dagang yang semakin berkembang, membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membangun dan berkembang maju.
FMT baru-baru ini bercakap dengan Yuslita tentang pengalamannya menjadi penjual di Shopee sejak 10 bulan lalu.
Seperti ramai penjual, Yuslita adalah pengguna dan pembeli tegar yang membuat keputusan berjinak-jinak dengan idea menjual semula produk digemari dan dipercayainya.

“Saya mula di Shopee dengan langsung tiada pengalaman, jadi ejen sah Izzly. Saya nampak ejen lain guna Shopee sebagai medium jualan, sebab itu saya turut mula menjual (di Shopee), walaupun saya tak tahu apa-apa mengenainya waktu itu, kecuali menjadi pembeli,” katanya.
Apa yang bermula sebagai kerja sampingan mula berkembang bagi Yuslita dengan sokongan dan banyak alatan tersedia menerusi platform Shopee.
Ketika anaknya berusia enam bulan, dia mula mencari produk bayi, akhirnya memfokuskan kepada beberapa jenama, termasuk makanan bayi Izzly, yang dilihatnya sebagai jenama mempunyai reputasi baik.
“Saya cari produk halal yang tidak mengandungi gula, garam, MSG, pengawet, serta dihasilkan oleh orang Islam,” kata Yuslita.
Ini mendorongnya memulakan perjalanan sebagai penjual dengan produk makanan bayi kerana terdapat permintaan dalam bidang ini, dan ia menjadi kerja sampingannya bagi meraih pendapatan tambahan.
Sepanjang perjalanannya, platform Shopee memupuk persekitaran yang mendorong kejayaannya melalui kekayaan sumber berguna tersedia di Universiti Shopee.
Dengan begitu banyak baucar dan kempen untuk kegunaannya, Yuslita kini meningkatkan kemahiran dan belajar cara mengoptimumkan masanya serta menggunakan alatan yang diperlukan untuk berjaya.
Selepas terlibat dengan kempen “onboard” Go Ecommerce Shopee dan Hab Pendidikan Penjual, yang tersedia dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, dia terpilih menyertai Shopee Seller Accelerator Programme (SSAP) yang menawarkan khidmat pengurus perhubungan untuk memantau dan menasihatinya lebih lanjut.
Pengalamannya juga memperkaya aspek lain dalam hidupnya. Pada Acara Kumpulan Fokus ShopeeUni baru-baru ini, Yuslita bertemu beberapa penjual yang sebelum ini hanya berkomunikasi dengannya melalui kumpulan Facebook ShopeeUni Malaysia.
“Saya rasa komunikasi lebih baik dan dalam persekitaran lebih baik, berkomunikasi dengan ramai orang sekarang. Kami berbual, kongsi pengalaman. Saya ada lebih ramai kawan sekarang.
“Bagi saya, berkomunikasi dengan penjual lain juga membantu saya membina lebih keyakinan dan memperoleh pengetahuan daripada mereka,” katanya.

Selain meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengembangkan rangkaiannya, walaupun belajar dalam jurusan pemasaran, katanya pengajaran tentang cara menjalankan perniagaan dalam masa nyata membantu meningkatkan pengurusan inventori dan aliran tunainya.
Dengan jualan dalam tempoh 10 bulan lalu bermula pada tiga angka dan meningkat sehingga lima angka pada musim Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Yuslita tidak sabar meneruskan pertumbuhannya dengan menghadiri Shopee Seller Summit pada 16 Jun, di mana ShopeeXpert Victor Chow akan berucap.
Chow telah melatih lebih 1,000 pelajar dan berkongsi pengetahuan serta pengalamannya dalam membina perniagaan dalam talian, yang dikembangkannya daripada nilai lima kepada lapan angka dalam tempoh kurang dua tahun.
“Melihat orang berjaya sentiasa memberi saya perasaan mencapai sesuatu. Saya harap dapat buat perubahan untuk penjual lain dengan berkongsi pengalaman saya dan membantu mempercepatkan pertumbuhan mereka,” katanya.
“Ini mendorong saya mengadakan ‘Kelas Shopee’ sendiri untuk membantu penjual lain mendapatkan perspektif lebih meluas dalam membina perniagaan mereka. Saya sangat teruja melihat beberapa pelajar saya meningkatkan jualan sebanyak 50-100%, dan yang paling mengejutkan, ada yang meningkatkan jualan 200% dalam masa kurang sebulan!”

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh menambah, “Pembeza utama Shopee adalah komitmen kami untuk membina ekosistem e-dagang sihat dan mampan yang memberi manfaat kepada pembeli dan penjual dalam jangka masa panjang.
“Melalui pendigitalan dan peningkatan kemahiran komuniti tempatan, inisiatif #ShopeeSapotLokal kami memacu pertumbuhan e-dagang dengan cara yang mampan dan inklusif bagi pihak semua penjual kami dan komuniti yang mereka sokong.
“Kami juga telah melatih ratusan usahawan mikro luar bandar untuk menceburi e-dagang melalui PUPUK@Shopee, program kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).”
Shopee sentiasa mempunyai misi untuk memperbaiki kehidupan pengguna melalui teknologi. Dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang semakin didorong pendigitalan, ia membentangkan potensi dan peluang kepada penjual untuk mendapat manfaat daripada trend ini bagi mengembangkan perniagaan.
Shopee kekal komited membantu penjual pada semua peringkat untuk meningkatkan kemahiran dan dilengkapi dengan pengetahuan dan sumber untuk berjaya di platformnya.
Tiket untuk Shopee Seller Summit pada 16 Jun, bertemakan “Level Up: Drive Growth Together” boleh didapati hingga 3 Jun di sini.