Afdlin juga kecundang rebut jawatan ketua bahagian PKR

Afdlin juga kecundang rebut jawatan ketua bahagian PKR

Bahagian Setiawangsa dimenangi penyandang Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi sementara Afdlin Shauki sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Afdlin Shauki bertanding merebut jawatan ketua bahagian PKR Setiawangsa.
PETALING JAYA:
Pelakon, penerbit dan pengarah Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan ketua bahagian PKR Setiawangsa.

Bahagian itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan, lapor Berita Harian.

Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan ketua bahagian Ampang.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memperoleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi ketua bahagian Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.