
Menurut laporan Berita Harian, saingan Adam bagi jawatan itu, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol, mendapat 7,001 undi.
Pada 16 Sept 2021, Adam Adli antara 20 aktivis anak muda yang mengumumkan menyertai parti itu.
FMT pada 30 Mac lalu, melaporkan beliau bergandingan dengan peguam Kamil Munim yang akan bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PKR.
Adam berkata, pasukannya yang dikenali sebagai Seangkatan, terdiri daripada tiga calon naib ketua dan 20 calon exco.
Pada 2011, Adam mula mendapat perhatian kerana tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar perdana menteri ketika itu, Najib Razak, di ibu pejabat Umno.
Beliau menggantikan bendera itu dengan bendera berslogan kebebasan akademik, yang disifatkannya sebagai ‘ekspresi diri’.