
Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, memaklumkan ia termasuk perkara melibatkan laluan bagi kenderaan itu.
“Kita akan bincang mengikut keperluan MOT (berhubung isu mikromobiliti) dan kita akan membantu apa sahaja keputusan dasar dan dari segi pelaksanaan dan kalau diperlukan kita akan menyediakannya
“Tapi cabarannya sama juga dengan lorong motosikal kalau kita nak membuat lorong motosikal di seluruh Malaysia kosnya agak tinggi.
“Kedua, apa yang ada misalnya di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), orang tidak berani gunakan lorong motosikal sebab kadang-kadang sunyi dan berlaku bukan sahaja vandalisme, tetapi jenayah, peras ugut dan sebagainya.
“Jadi ini yang kita kena lihat dari sudut keseluruhan, sudut keselamatan, kawalan keselamatan semua kena dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di kementeriannya hari ini.
Fadillah berkata, lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan khususnya memerlukan penyelenggaraan daripada pelbagai peringkat dan agensi serta maklum balas pengguna untuk ditambah baik.
Ditanya sama ada pihaknya dijemput untuk terlibat dalam penyediaan garis panduan penggunaan kenderaan mikromobiliti oleh MOT, Fadillah berkata, buat masa ia belum dimaklumkan.
“Tapi biasanya akan dijemput, JKR akan dijemput dalam segala mesyuarat teknikal yang diadakan,” katanya.
Semalam, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi.