1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksin

1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksin

Seramai 2,908,320 atau 93.5% remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga lengkap divaksin.

Menurut laman sesawang CovidNow, 46.9% atau 1,665,098 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 1,099,250 atau 31% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang CovidNow, 46.9% atau 1,665,098 kanak-kanak daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut laporan Bernama, seramai 2,908,320 atau 93.5% remaja berusia 12 hingga 17 tahun turut lengkap divaksin, manakala 3,005,192 atau 96.6% daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,077,473 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,972,457 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,998 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan 7,695 dos pertama, 11,286 dos kedua dan 2,017 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebanyak 70,762,530.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan dua kes di Johor serta masing-masing satu kes di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.