PRU15: PN perlu bahagi kerusi lebih awal, kata Muhyiddin

PRU15: PN perlu bahagi kerusi lebih awal, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional berkata, langkah itu demi memastikan parti komponennya memberikan perhatian kepada perkara lain bagi gabungan itu membentuk kerajaan.

Pembahagian kerusi antara parti komponen lebih awal membolehkan jentera parti bergerak lebih awal, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) perlu melakukan pembahagian kerusi antara parti komponennya lebih awal, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Katanya, meskipun belum diputuskan secara rasmi, langkah itu bagi membolehkan gerak kerja awal oleh jentera setiap parti komponen dapat dilakukan.

“Pada dasarnya saya setuju lebih cepat kita selesaikan pembahagian kerusi sekarang maka ia akan membolehkan jentera parti dan pimpinan parti PN baik PAS, Bersatu, Gerakan, Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak STAR dan SAPP.

“Jadi, dia tahu secara khusus, Pagoh ini siapa punya, kerusi Bakri siapa punya, kerusi Muar siapa punya contohnya,” katanya menurut laporan Awani.

Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri, berkata sekiranya pengagihan kerusi berkenaan diselesaikan awal, perkara lain dapat diberi perhatian bagi memastikan gabungan itu berjaya membentuk kerajaan.

Dalam perkembangan lain beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata PN masih belum ada perbincangan secara rasmi dengan PH untuk bergabung dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Katanya, pihaknya sedang meninjau kemungkinan dalam mengatur strategi penting bagi menghadapi PRU untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.